aku seorang wanita...
indahnya menjadi seorang wanita? apa yang indahnya menjadi seorang wanita? tetapi aku akui, aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita tulen. apatah lagi bila melihatkan gelagat mereka yang teringin mejadi wanita tetapi dilahirkan sebaliknya.. maka aku bersyukur dengan apa yang ada.
walau bagaimanapun, menjadi seorang wanita pasti lah akan berhadapan dengan 1 ketentuan Allah, menerima tamu setiap bulan. kalau tanpa nasi tambah tak mengapa, tapi kalau ada pula tambahan, kena lah bertabah dan bersabar.
apa yang aku maksudkan di sini ialah kesakitan ketika menerima tamu bulanan tersebut. masya-allah.. sukar untuk digambarkan. terlalu sakit. boleh juga dikategorikan sebagai sakit "maut" kerana sewaktu mengalaminya, aku sering teringkatkan mati. nak gambarkan? aku tak reti. hanya Allah & mereka yang seangkatan sahaja yang tahu.
siang tadi aku mengalami sakit tersebut. aku rasa nak mati. aku terbaring tidak keruan. jenuh aku, dengan separa berguling, dahi berkerut menahan kesakitan. pernah di satu ketika dahulu.. pehaku bergegar-gegar menahan sakit. terlalu sakit.. tetapi yang membuatkan aku terkedu ialah bila wanita lain yang turut mengalami sengugut ini memaklumkan aku, sakit sengugut ini adalah iras kepada sakit hendak bersalin, tetapi sakit hendak bersalin berganda-ganda lagi sakitnya..
Allahuakbar.. berganda-ganda? diulangi.. berganda-ganda? sedangkan sengugut yang aku alami ini pun dah membuatkan aku berguling-guling atas lantai, peha bergetar menahan sakit tidak terperi, kalau melahirkan anak berganda-ganda lagi dari ini.. maka tak terbayangla aku akan kesakitan yang perlu ditanggung oleh seorang wanita yang bergelar ibu..
masya-allah.. rupa-rupanya selama ini aku mengalami "salam perkenalan" daripada sakit kedua selepas maut- sakit melahirkan anak. sehingga sekarang aku masih lagi menahan sakit. berubah posisi merata tempat. dan aku terbayangkan kesakitan yang ditanggung oleh wanita-wanita yang mahu melahirkan anak mereka.. sungguh berat rupanya..

Comments
Post a Comment