ralit
ralit yang memakan diri sendiri? aku tidak pasti tetapi selepas beberapa bulan aku setia di twitter, mengikuti perkembangan terkini para artis malaysia, aku cuba mentwit mereka-mereka ini, tetapi 1 pun tiada berjawab. betapa lurus bendulnya aku menanti dan menanti sehinggalah ke satu tahap aku mula mencari alternatif lain, aku mula mencari twitter artis-artis yang lain dan aku mencuba nasib menegur mereka. walaupun harapan nipis untuk mendapatkan balasan maklumlah mereka merak kayangan...
nasib badan agaknya dan satu pengajaran buatku, supaya di lain kali berfikir berganda-ganda dan jangan hanya tahu menunggu maka ditakdirkan artis-artis baru yang aku twits ada yang membalas..
wah.. akhirnya penantianku berbaloi. haha... maka aku pun mula menjawap dan mengulas apa yang patut. ada di antara public figure yang membalas sapaanku di twitter itu sudah bergelar orang kenamaan dengan menyandang gelaran seperti Datuk dan Datin seri malahan jutawan pun ada tetapi masih sudi menjawap twits dari orang kebanyakan seperti aku hahahaha.. bodohkah aku?
jaringan twitter ini membuatkan aku teringatkan kisah silamku di zaman internet masih belum wujud. zaman silam menyaksikan bagaimana peminat mengirimkan surat kepada artis kesayangan mereka. sekarang twits sahaja artis kesayangan ataupun public figure yang digemari.. kalau ada rezeki dapatlah jawapan secara terus. twitter mengajar aku berterimakasih kepada teknologi.
yang nyata dan jelas, aku tidak menghabiskan masaku di hadapan komputer peribadiku begitu sahaja dengan bertwits tanpa sebab. di jaringan twitter aku bisa menerobos masuk ke dalam hati beberapa manusia yang aku mampu lihat dari jauh walaupun berkongsi tanah dan air yang sama. ia juga membuatkan aku berfikir akan perbezaan zaman silam dan kini. di jaringan twitter juga aku melanggan hadis harian dan kata-kata serta ungkapan nasihat.
terimakasih kepada teknologi, terimakasih kepada manusia yang mencipta kemudahan ini, terima kasih kepada sang puteri gunung ledang yang sudi berkongsi asmaradanyanya denganku di twitter, terimakasih juga kepada si jutawan automotif yang meluangkan masa mengulas kata-kata nasihatku terhadapnya dan terimakasih kepada seorang doktor yang sering melaungkan kata-kata nasihat dan motivasi kepada aku di sana dan terima kasih Allah di atas nikmat ini... segala-galanya datang dariMu.. :))

salam vee, kak pernah anto kad raya pd mazuin satu tika dulu n rupanya dia sudi bls..hehehe..
ReplyDeletesekrg ni dah lain pesen, mklum la dah tua :D
ish.. bkn tua tp matang.. :))
ReplyDeleteape kate vee sendiri jd artis ..
ReplyDeleteramai nanti org twit vee ...
twit..twit..twit ..
mcm bunyi mikat burung jer ..
hu..hu..
nk jd retis? heh berangan la... retis kena ada pakej yg lengkap.
ReplyDelete