Hikmah.



rentetan peristiwa yang aku alami sepanjang minggu sangat menarik dan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. dari kes road tax keretaku, hinggalah kepada astro ku dipotong sampailah kes langgar bontot kereta yang aku naiki saban hari oleh abangku sendiri.

berkenaan road tax, sepupuku ada menghubungiku, meminta aku agar ke JPJ daerah untuk menguruskan road tax kerana dia telah berjaya menyelesaikan masalah berkaitan insuran yang membuatkan road taxku terbengkalai berminggu-minggu lamanya. Alhamdulillah.. semoga kali ini berjaya. hikmahnya- aku berjaya melatih diriku untuk tak mengikut perasaan, masih boleh ketawa dan senyum & paling penting, belajar bagaimana menghidupkan road tax yang merupakan 1 perkara yang tak pernah aku lakukan. terima kasih Allah..



tentang astro pula, masih lagi tiada penyambungan, walhal bil sudah dibayar, disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, maka penyambungan hanya dapat dilakukan 5 hari berkerja. wah... hari ini dalam sejarah!. bermakna, sudah 4 hari kami seisi keluarga tidak menonton tv. hikmahnya- kami menghabiskan masa terluang menonton bersama-sama dvd & vcd yang selama ini tak dapat ditontoni disebabkan ralit menonton siaran tv. hasilnya juga, emak aku khatam menonton siri planet of the apes. dan dia juga menghargai keadilan di antara haiwan & manusia...

apa khabar pula kereta burukku? model Wira lama keluaran tahun 1994 itu sudah dipesan oleh abangku agar dirisik harga lampu belakang yang menjadi arwah di langgar olehnya. dia tak tahan melihat betapa buruknya rupa bontot kereta kami itu. lantaran itu dia nekad menyuruh aku merisik khabar dan dia akan membayar segala perbelanjaan. sekali lagi Alhamdulillah...



kesimpulannya... Allah sentiasa ada, Dia sentiasa mendengar, Dia tidak pernah tidur dan sentiasa tahu setiap detik yang dilalui hambaNya. terima kasih Allah.. syukur ke hadratMu. satu demi satu hikmahMu mendatangiku. Alhamdulillah... :-)

Comments

Popular Posts