selipar jepun?



aku suka memakai selipar jepun. kenapa? sebab mudah, murah, cepat, senang & selesa.

faktor lain, sebab celik sahaja mata, aku sudah nampak selipar jepun.

kasut tumit tinggi? aku tak beberapa suka. aku seorang yang boleh dikategorikan tinggi. pakai sahaja kasut tumit tinggi, makin tinggilah aku. jadi aku hanya pakai kasut yang tiada bertumit. baru-baru ini, setelah setahun aku pakai, kasut itu rosak.. tapak terkoyak, bahagian atas pun sudah tercabut.

aku pakai kasut emak aku yang bertumit. emak agak rendah jadi aku belikan dia kasut tumit tinggi. seksanya hanya Allah yang tahu. selepas itu kaki aku sakit. ekoran dari urat di bahagian belakangku yang bermasalah, ditambahkan lagi dengan aktiviti aku akhirnya urat membengkak, angin masuk dan kaki kiriku sakit, terpaksa "diheret" bila mahu berjalan. masa itu juga aku pakai kasut emak. sakit makin menjadi-jadi. dengan pertolongan Allah aku berurut dengan mak ngah tukang urut. Alhamdulillah aku sembuh. tapi masih sakit setiapkali aku pakai kasut emak yang tinggi.


maka aku membeli sepasang selipar jepun. sebaik sahaja aku sarungkan ke kaki aku, aku berjalan Subhanallah... langkahku ringan. akhirnya selipar jepun itu aku rembat, aku bayar di kaunter dan aku terus pakai. kasut tinggi emak aku pegang dan aku letakkan di dalam kereta. puas rasanya hati dapat berjalan dengan memakai selipar jepun.

selipar jepun cukup bermakna buat aku. biarlah murah, tiada harga, tiada standard mahupun level... akhirnya selipar jepun juga yang menjadi penyelamat.

Comments

Popular Posts