langkah kiri?
azan asar memecah keadaan yang tidak beberapa sibuk. aku masih lagi mengejar waktu. hajat untuk membayar hutang tak kesampaian apabila bank sudah ditutup. hendak bayar di mesin? boleh sahaja tapi siapa yang mahu mengembalikan wang bakinya nanti? pilihanku tetap kaunter dalam erti kata yang lain, esok. langkah kiri rupanya.
aku beralih mengejar masa pula ke pusat celcom mahu membayar bil beruk. juga gagal kerana sistem kacau bilau. gagal lagi. langkah kiri sekali lagi. aku bergegas pula ke pasaraya membeli juadah untuk berbuka puasa malam nanti. setelah selesai, aku pun pulang. hanya selepas tiba di rumah baru aku ingat, aku tidak pergi ke kedai cermin mata untuk membeli pencuci contact lens ku. langkah kiri sekali lagi.
aku bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengejar waktu asar yang makin berganjak. aku diberitahu emak, apil ditemui mati di dalam semak. apil kucing berbaka parsi, bulunya panjang, lebat dan gemuk serta comel. dia mati selepas rumah kami ditinggalkan sepi tiada satu pun manusia kerana kami balik kampung. hmmmmmm... walaupun aku sedih tapi aku tetap dapat menerima kematian apil, dalam hati aku berdoa semoga aku tidak berdosa menyebabkan kematian apil, kerana makanannya ada ditinggalkan dan kakakku berpesan kepada kawan baiknya supaya datang ke rumah setiap hari memberi apil makan...
namun, walau apa pun yang telah terjadi kepada aku hari ini, aku tetap bersyukur kerana aku berjaya menghabiskan puasa kadarku pada hari ini. semoga esok, aku masih boleh membayar hutangku kepadaNya. tetapi, langkahku memang langkah kiri....

Comments
Post a Comment