wanita melayu...
aku sudah bersalin kulit. sengaja aku lakukannya supaya aku rajin update blog aku yang sering berhabuk ini. ok.. langkah seterusnya aku hendak ceritakan mengenai seorang wanita melayu yang aku suka ~ Datin Paduka Umie Aida.
aku sukakan wanita ini kerana dia banyak sifat dan rupa kemelayuan ataupun dalam erti kata yang lain ~ ciri-ciri melayu. wajahnya eksotik, tradisional, anggun walaupun tiada sentuhan " barat", tetapi dia memang tetap cantik....
hendak dijadikan cerita, bersamaan dengan kecanggihan teknologi terkini, Datin Paduka Umie Aida adalah di antara individu yang cukup aktif di twitter. aku antara yang mengikuti twitternya. sehinggalah pada satu hari aku dapati beliau pula yang menjadi pengikut aku di laman twitter ku. oh... rupa-rupanya DP ( gelaran aku kepadanya di twitter) mempunyai aktiviti " minggu follow" di mana beliau akan "follow" mana-mana followernya. aku antara yang agak beruntung... :-) tetapi mungkin juga sudah takdirNya...
aku rasa serba salah dan terharu juga, malu dan segan pun iya... tapi mengenangkan beliau ramai pengikut dan sibuk sebagai seorang artis, manalah ada masa untuk setia kasih mengikuti twitterku, maka aku buang perasaan malu yang tidak bertempat itu. DP juga cukup rajin membalas twit aku kepadanya. sehinggalah satu hari... aku sudah lama tidak update apa-apa di twitter ku, terfikir pula aku mahu skodeng di twiter DP sekiranya beliau mempunyai private message inbox. kebanyakan artis "segan" untuk menggunakan aplikasi yang satu ini, maklumlah nanti inboxnya pasti penuh dengan "surat peminat".
aku dapati beliau memilih untuk menggunakan aplikasi tersebut. aku pun mencuba nasib, PM kepadanya isi hati aku ( chewah!) aku menyatakan yang aku sudah lama tidak aktif di twitter dan merinduinya. selepas itu aku berlalu. sehari selepasnya, ada satu balasan untuk aku, ternyata dari DP. dia menulis bait demi bait, menyatakan terima kasihnya di atas sokongan aku, dia juga menyatakan yang aku sudah lama tidak twit apa-apa... terharu juga lah rasanya bila wanita melayu yang anggun itu membalas sapaanku.. tersenyum aku sampai ke dalam hati.
apa-apa pun, bagi aku, umie aida adalah seorang wanita yang anggun, cantik, menawan, sederhana serta kemelayuan ( berapa banyak melayu da?) tetapi itulah hakikatnya dari kaca mata rabunku... terima kasih DP di atas budi bicaramu dan tutur jari jemarimu... semoga kita terus "bersama" walau di alam maya. :-)

Comments
Post a Comment