cinta fotokopi?
" saya nak kawen dengan perempuan muka macam cikgu, boleh ke?" seorang lelaki bangla bertanya kepada aku sekaligus meminta izin. aku kenal lelaki itu. Umar namanya. berasal dari bangladesh dan berusia 25 tahun. aku agak terkejut mendengar permohonannya dan aku ketawa seraya menutup mukaku, sebenarnya lebih kepada lucu..
Umar aku kenali lebih kurang 3-4 tahun yang lalu. dia bekerja sebagai seorang pelayan di resoran di bandar kecilku ini. boleh dikatakan kami menjadi kawan juga sebab aku berkawan dengan ramai orang tapi rapat tidaklah pula. aku juga antara pelanggan yang boleh di katakan tetap di restoran tempat dia bekerja.
entah angin apa hari ini dia mengeluarkan satu permohonan tidak rasmi. dia hendak fotostat wajahku bawa pulang ke negara asalnya dan berkahwin dengan orang yang muka iras aku. lalu aku menjawap " boleh lah asalkan orangnya bukan saya, sebab saya boleh jadi emak awak" lalu Umar mengiyakan...
aku rasa lucu pun ada bila mengenangkan peristiwa ini. sindrom "Umar" ini bukan kali pertama aku hadapi. ketika aku berusia 12 tahun, aku dilamar seorang lelaki pakistan di pekan sehari tempatku ini. aku lari balik rumah dan menangis ketakutan. tatkala aku berusia 22 tahun pula, aku diekori oleh lelaki pakistan yang cukup menggerunkan aku walaupun orangnya putih kemerahan dan tinggi.
dipanggilnya aku " adik" dan pantang nampak kelibat aku dia akan mengekori langkahku. aku berhenti di kedai dia juga akan berhenti, malahan dia sanggup menunggu di luar kedai. sampaikan aku terpaksa meminta tolong tokey kedai menyelamatkan aku kerana dia enggan berganjak dari luar kedai tempat aku bersembunyi. dan pernah aku terpaksa meminta tolong beberapa orang anak muda belasan tahun mengiringi aku kerana lelaki pakistan itu gigih mengekori aku di seberang jalan. geng-geng anak muda itu menawarkan diri untuk menumbuk pakistan tersebut tetapi aku tidak mengizinkan.
dan "proses" ini terus berulang sehinggalah kini, pakistan, bangladesh, punjabi inilah golongan yang menyukai aku. apa sebabnya atau apa rahsianya? nak katakan aku cantik bagaikan priyanka chopra si ratu dunia jauh panggang dari api... jauh sekali seperti karishma kapoor atau twinkle khanna. aku anak melayu sejati, hidungku lempek dan pendek kata wajahku memang wajah melayu. malahan ketika aku kecil, kakak dan abangku sering memberitahuku aku sebenarnya anak pungut. emak aku ambil aku dari seorang tok batin orang asli.
fikir punya fikir, mungkin juga kerana aku ini dilahirkan tinggi dan berbadan besar. ketika aku berusia 12 tahun susuk tubuhku sudah kelihatan seperti 20-an. mungkin itu yang menarik minat golongan ini. yang pasti aku pun tak tahu dan kurang pasti. kini sindrom ini masih "menghantui" aku. dan memberikan aku modal untuk berasa lucu. kunjungan aku ke kedai makan tadi kerana ingin membungkus tom yam telah mengakibatkan aku bertemu umar dan umar membuat tebiat pula. kesimpulannya,sindrom yang melanda aku ini seakan-akan tiada surut. sehingga kini masih melanda. sindrom yang cukup melucukan...begitulah adanya.

Comments
Post a Comment