kembalinya seorang aku...

sudah lama aku tidak menitipkan sebarang berita di sini. kali akhir ialah pada bulan Januari. nenek meninggal empat hari selepas postku yang terakhir dan selepas itu riwayat aku di sini juga turut seakan berakhir. kini aku kembali menitipkan kata-kata yang aku sendiri tidak pasti datangnya dari mana. berbagai keadaan telah aku tempuhi. ada suka dan duka dan semuanya aku hadapi dengan berdindingkan sedikit keimananku yang tak sebeberapa ini. Alhamdulillah aku masih hidup.... apa yang boleh aku katakan di sini, aku masih seperti dahulu. masih sendirian, menjalani kehidupan. secara lahir manakala secara batin, aku sentiasa bertemankan Dia yang aku cintai sepenuh hatiku. atas sebab itu aku masih utuh berdiri walaupun hatiku banyak kali terluka dan rasa perit serta pedih. semuanya berakhir secara baik dan aku beroleh ketenangan semoga ini akan berkekalan. aku tidak kenal siapa yang sudi menjengah tetapi terima kasih aku ucapkan kerana sudi bertandang ke teratak sepi ini. cukup untuk kali ini semoga bertemu lagi.

Comments

  1. salam vee ...
    selamat kembali ke dunia Blog ..
    selamat menjalani ibadat puasa ..
    semoga amal n ibadat yg kita buat diterima allah swt ..

    ReplyDelete
  2. tq aby.. pekabor n apa cerita?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts