VECTOR
hari ini aku mahu berbicara mengenai alkisah vector. aku sebenarnya tak tahu juga apa kah vector ini. tetapi hasil dari "godehan" aku di net, maka aku menemui beberapa gambar yang aku cukup berkenan untuk ditatap, dipandang dan dijadikan koleksi. bersama ini aku sertakan koleksi beberapa gambar yang berjenis "vector".
pernah nampak? jenis yang beginilah yang aku cukup suka dan gemar. mungkin kerana ia berwarna warni, ceria dan menarik. lagi aku sertakan sebagai berkongsi kegemaran...
ceria bukan? bagi aku sangat menarik perhatianku. mungkin kerana gambar-gambar yang ditunjukkan di dalamnya menimbulkan minat lagipula aku cukup gemar dengan warna-warna yang "striking". bentuk lukisannya unik, walaupun nampak tidak logik, namun ia tetap mengekalkan ciri-ciri yang ada pada bentuk fizikal manusia. contoh-contoh vector yang dimuatkan di sini, kebanyakkannya memaparkan model-model yang ramai. aku tidak merancang begitu tetapi kebetulan di internet sana contoh itu yang aku temui.
manakala contoh yang di atas ini ialah "model" berseorangan atau solo tetapi ciri-ciri yang aku suka jelas wujud. insya-Allah aku akan teruskan lagi usaha untuk berkongsi gambar-gambar vector ini sebagai salah satu dari koleksi. dan aku juga akan gigih mencari info berkenaan perkara ini. salam ramadan!

Comments
Post a Comment