riwayat sepasang kasut tidak bertumit
setelah berhempas pulas mencari kasut ( lebih kepada sandal sebenarnya), aku mengambil keputusan membeli sahaja kasut murah yang hanya berjenama Vern's. murah bukan? tidak mengapalah. aku bukan seorang yang berjenama. cukup sahaja dapat ku sarung di kakiku yang bersaiz eropah ini. aku memang berkaki besar. saiz sepuluh ataupun empat puluh satu baru padan denganku.
apa kisah kasut dengan aku? begini kisahnya. kasut yang aku sentiasa pakai, kini sudah terkopak belakangnya. bagaikan disiat-siat. begitulah aku. selagi tidak koyak, selagi tidak hancur aku tetap akan pakai dan guna. hendak dijadikan cerita, aku berniat mahu membeli kasut berjenama princess. tapi malangnya di tempatku tiada dijual. dalam merancang, aku dapati keadaan kasutku semakin kritikal.
aku tidak punya pilihan. aku segera memandu besi burukku ke kedai vern's yang terdekat. mataku segera memilih kasut yang sederhana rupanya, yang tiada bertumit ( aku benci kasut tumit tinggi) yang selesa dan paling penting, padan denganku. akhirnya aku mendapat sepasang kasut yang bagiku sesuai untuk di bawa kerja.
harganya juga murah... hanya RM 29.90 itupun harga diskaun untuk dihabiskan stok. Alhamdulillah.. itu sahaja yang aku mampu. kali ini, aku sematkan azam dalam hatiku. kasut yang baru ku beli ini, aku hanya akan pakai tatkala aku pergi kerja sahaja. aku dapati kasutku cepat rosak kerana aku terlalu lasak menggunakan "mereka". habis air hujan semua aku redah menggunakan kasut. kali ini tidak lagi. akan ku aplikasikan cara emakku. pakai hanya apabila perlu. Insya-Allah..
tapi niatku masih ada untuk memiliki kasut princess. walaupun bukanlah jenama yang istimewa, hatiku tergerak untuk memilikinya juga. mungkin sudah puas aku menjahanamkan kasut jenama vern's selama ini. kini kasutku hanya ku pakai bila perlu sahaja. aku masih bercuti. insya-Allah aku akan letakkan kasutku di tempat yang selamat ketika berada di tempat kerja nanti... semoga kali ini umur kasutku panjang... Ameen...

Salam vee,
ReplyDeleteWak buat reply dr madinah ni, hari ke 4 kt sini. Esokakan berlepas ke mekah
Doakan d prmudahkan prjslanan wak
wak masih ingat permintaan sy? doakan utk sy yer... & wak pasti ingat apa yg sy minta wak doakan... tq.
ReplyDeleteAlhamdulillah.... amanat dh wak laksanakan buat di jabal rahmah ... tmpat prtemuan adam dan hawa. Setiap doa yg wak buat utk anak wak si Nad tu wak iringkan dgn yg vee amanatkan ...
ReplyDeleteMasih di mekah lg skrng ... wktu sini pkl 11.35 mlm...
tq wak... hanya Allah yg mampu memblsnyer..
ReplyDelete