dugaan

dugaan datang sekali lagi, setelah aku cuba untuk kembali ke sini. komputer tua ku ini mengalami masalah. maka aku meghantarnya untuk dibaiki oleh pakar komputer kesayanganku... sehari aku tidak boleh ke udara sedangkan baru berazam untuk menulis di sini, apakan daya aku tidak berdaya melawan kehendak Tuhan. setelah satu hari dimasukkan ke dalam ward, kini komputer tua ku ini kembali bernafas. rupa-rupanya ada barang yang terbakar nasib baik tidak meletup. kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang bakal berlaku. cuma aku dapati, aku tidak risau. mungkin kerana aku sudah immune dengan masalah demi masalah, cubaan demi cubaan... benarlah, sesungguhnya dugaan menjadikan kita kuat, sabar dan tabah. ataupun mungkin juga faktor umur yang menjadikan aku kini sudah kurang melatah apabila di uji begini... aku masih belum boleh berbicara lama di sini, Insya-Allah jika diizinkan aku akan ke sini esok.. jumpa lagi.

Comments

Popular Posts