kembali...
rupa-rupanya sudah hampir setahun aku menyepi, meninggalkan blog ini. aku rasakan ia bagaikan rutin yang aku ulangi, tahun demi tahun... iya... ia bersifat sentiasa. entah lah adakalanya aku hilang kata-kata untuk berbicara di sini.
ku lihat tarikh akhir entryku. bulan februari tahun lepas. hampir setahun... entry yang terakhir pula menunjukkan, sebulan selepas emaku meninggalkan aku untuk selama-lamanya. well... memang banyak perkara yang terjadi kepada aku sepanjang tahun 2013. sudah semestinya ada suka, ada duka.
tak mengapalah. aku enggan berjanji, aku enggan mencipta madah yang indah, yang aku tahu aku akan cuba sedaya upaya untuk hadir ke sini, menulis apa yang aku fikirkan perlu. aku tidak tahu sebenarnya apa fungsi aku ke sini. aku bukan pejuang, aku bukan penulis, aku bukan wartawan. aku rasakan aku tiada apa-apa untuk ditulis.
tidak mengapalah, aku sudah berkarat di sini, maka sempena tahun baru ini aku perlu menggilap kembali kekaratan diriku ini. semoga selepas ini aku muhasabah diri, semoga selepas ini ilham demi ilham bakal bertandang. mungkin sahaja aku akan menjadikan tempat ini sebagai platform buat diriku... Insya-Allah. tapi platform apa ya? platform untuk aku menulis, untuk aku berkongsi rasa dan perkara bersama mereka yang masih ingat pada diriku...
terima kasih kepada mereka yang masih "setia" kepada si karat ini, iaitu aku...

salam vee ...
ReplyDeletememang lama sangat tenggelam ..
kemana menghilang tu ..
apapun..
selamat kembali ke dunia blog ..
ada. cuma x berjumpa jln kembali ker blog.. baru skrg dpt berjumpa.
ReplyDelete