2016
Januari sudah berlalu...
post mortem...
01hb Januari-31hb Januari 2016.
ditukarkan atau dipulangkan semula ke kelas lama, iaitu Tabika Perpaduan PAKR Bandar Baru B. mengikut sejarah, aku mula berkhidmat di sini pada Januari 2004. berpindah ke Sg Jan pada Januari 2011. dipulangkan semula ke sini pada 2016, pada tahun ini. perasaan? aku protes kerana aku sudah tidak mahu kembali ke tempat lama. jika ditukarkan, tukarkan aku ke tempat yang tak pernah aku pergi, tetapi pucuk pimpinan memimpin dengan gaya yang lain, maka beginilah jadinya.
aku terpaksa akur walaupun berat meninggalkan tempat yang ada sekarang. aku senaraikan perasaan aku ketika itu
- marah
- kecewa
- gundah gulana
dan aku merindui Sg Jan... berat untuk meninggalkan.... entah malapetaka apa yang menimpa, aku memang menjadi seorang yang baran pada ketika ini. tetapi aku sabarkan juga hati, aku pergi dan secara rasminya aku meninggalkan Sg Jan... habis semua kenangan di sana aku delete dari Facebook. padan muka aku!
berbalik kepada post mortem, secara puratanya, kini aku sudah mula menyesuaikan diri dengan suasana di tempat baru, aku cepat menyesuaikan diri kerana aku adalah bekas staff di sini, masyarakat, cara kerja aku sudah tahu, maka tiada masalah. tetapi.... yer, masih ada tetapi, sudah tentu Sg Jan sentiasa di hati, masih merindui, dan masih kurang menemui unsur-unsur "soul" di sini, walaupun sudah mula mahu menyelinap ke dalam jiwa.
Januari berakhir pada minggu lepas. aku menutup kalendar Januari dengan perasaan syukur, atas limpah kurnia-Nya dan memohon ampun di atas sikap tidak menghargai apa yang aku miliki. mudah sahaja bagi aku sebab aku tiada isu dengan tempat kerja baru dan staff lain. campak lah aku ke mana pun, insya-allah hidup aku sentiasa berkasih sayang sebab aku ikhlas cuma biasa lah sebagai manusia kenangan susah nak lupa...

salam vee ..
ReplyDeletelama benor tk bukak kedai .. hihi.
apapun, kehidupan ke hadapan.
harus dihadapi wlupun kita kurang suka ..
yg lps tu biar jadi lipatan sejarah perjalanan hidup ..
moveon with hapiness ..
Waalaikumussalam...
Deletemmg dh lama, rsanya 2 thn juga kedai nie terbiar.
mmg la, betul apa yg di katakan tu...
cuma sbg manusia adakalanya kita terikat dgn kenangan... cuma jgn terbawa2...
insya-allah, i will move on, wtih HIM beside me... tqvm again...