sudah sedia?
Bertugas esok? jawapannya belum. masih di dalam mode "enggan bekerja". masih dalam zone mahu sendirian. apatah lagi dalam usia yang sudah meningkat dan semakin senja, sudah tidak ada daya upaya dan kekuatan untuk bekerja seperti dua puluh tahun yang lampau.
apa yang harus aku lakukan? kumpulkan kekuatan, lawan rasa ketidakmampuan dengan niat mahu bertempur seperti di medan perang. apa-apa perasaan yang membawa kepada ketidakmampuan, kemalasan wajib ditempur.
tiada pilihan lain selain dari menghadapi situasi. esok pertempuaran akan bermula..... semoga aku berjaya di dalam pertempuran ini.


Comments
Post a Comment